Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan lelaki bawa pemetik api serupa bom
Diterbitkan:  Jan 4, 2018 12:04 PM
Dikemaskini: 4:13 AM

Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang kerana memiliki pemetik api menyerupai bom tangan pukul 8.20 malam di Lapangan Terbang Miri pada Selasa lepas.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata suspek yang bekerja di Johor Bahru ditahan di balai berlepas Lapangan Terbang Miri ketika pemeriksaan bagasi tangan dilakukan ke atas beg pinggang suspek.

“Polis Bantuan yang melakukan pemeriksaan mengarahkan suspek membuka beg itu dan mendapati satu objek menyerupai bom tangan. Apabila ditanya, suspek menjawab ia adalah pemetik api,” katanya dalam sidang media di Miri hari ini.

Lim berkata ketika ditahan, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hendak menaiki penerbangan ke Johor Bahru dari Miri, mendakwa pemetik api tersebut dibeli di Johor Bahru.

Terdahulu Lim menyaksikan serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang baharu iaitu Supt Mohamad Hafipi Mohd Salim, sebelum ini Ketua Polis Meradong, menggantikan ACP Stanley Johnathan Ringit yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Daerah Sibu yang baharu. -Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS