Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Sebanyak 16 buah sekolah di dua daerah di Sabah melibatkan 3,073 murid dan 372 orang guru ditutup hari ini kerana terjejas banjir.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata 14 buah sekolah adalah di Beaufort dan dua sekolah lagi di Papar.

"Sebanyak 14 buah sekolah yang ditutup di daerah Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Membakut, SK Kg Bambangan, SK Lago, SK Jabang, SK Lembah Poring, SK Tamalang, SK Sinoko, SK ST Patrick, SK Bandau, SK Kg Brunei, SK Bangkalalak, Sekolah Menengah Patrick, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut dan SMK Membakut 2.

"Dua lagi sekolah di Papar ialah SK Sumbiling dan SK Ulu Lumangar," kata Maimunah dalam kenyataannya hari ini. -Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS