Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Junz Wong menuduh SPRM mempolitikkan penyiasatannya berhubung pembelian ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta di daerah Tongod.

Wong merujuk tempoh 48 jam diberikan SPRM kepada Naib Presiden WARISAN, Peter Anthony dan peguam Michael Persius Ubu untuk menyerah diri bagi membantu siasatan seperti dilaporkan media.

ADUN Likas itu berkata SPRM sepatutnya menghubungi Anthony terlebih dahulu sebelum mengumumkan perkara itu di media.

Menurut Wong (gambar), Anthony masih di Sabah dan sedang berehat di Keningau, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu.

"Walaupun SPRM tidak dapat menemuinya, mereka boleh menghubungi peguamnya tetapi mereka tidak berbuat demikian. Sebaliknya, mereka mencarinya menerusi media dan semua orang berpendapat dia sedang melarikan diri.

"Dengan membuat aksi stunt (daripada masalah ini), SPRM mempolitikkan perkara itu dan cuba untuk memalukan Anthony dan parti," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Wong berkata Anthony akan melaporkan diri di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu esok petang.

[Berita penuh menyusul]