Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gara-gara kondom, lelaki Malaysia didenda di S'pura
Diterbitkan:  Jan 5, 2018 5:34 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

GLOBAL I Seorang pelacur di Singapura pada mulanya setuju melakukan hubungan intim dengan seorang lelaki warga Malaysia, namun membatalkan niat apabila pelanggannya itu enggan menggunakan kondom.

Yek Teng Kui, 33, seorang tukang masak, kemudian mencekik pelacur warga Vietnam berusia 26 tahun itu, lapor Straits Times.

Mahkamah semalam menjatuhkan denda sebanyak $ 2,500 kepada tertuduh selepas mengaku mencederakan wanita berkenaan di sebuah hotel pada pukul 6.20 pagi, 17 Mac tahun lepas.

Timbalan Penguasa Polis Chng Leng Leng berkata, Yek menghampiri mangsa di Orchard Towers kira-kira pukul 5 pagi pada hari kejadian dan mereka berbual-bual sebelum menempah hotel di Jalan Balestier.

Mahkamah juga diberitahu Yek memakai kondom tetapi menanggalkannya ketika mahu mengadakan hubungan intim.

Apabila wanita itu enggan melakukan hubungan seks, Yek mencekik leher mangsa sebanyak dua kali.

Wanita itu akhirnya berjaya melepaskan diri sebelum menghubungi pihak polis.

Polis kemudian menemui kesan calar dan tanda kemerahan pada leher mangsa.

Yek ketika memohon denda yang lebih ringan memberitahu mahkamah dia telah bercerai dengan isterinya dan mempunyai seorang anak lelaki.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda sehingga $5,000 atau kedua-duanya sekali kerana menyebabkan kecederaan.

Lihat Komen
ADS