Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mah: Gerakan ada ramai calon untuk ketua menteri
Diterbitkan:  Jan 6, 2018 5:24 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata partinya mempunyai ramai calon berpotensi bagi menyandang jawatan ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN menawan semula negeri itu.

Mah berkata demikian selepas perhimpunan bersama antara MCA dan Gerakan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Saya ingin beritahu anda bahawa kami mempunyai banyak calon yang berkelayakan.

"Di Pulau Pinang, kami mempunyai 17 kerusi di sana (untuk bertanding), kami mempunyai banyak calon yang layak," katanya pada sidang akhbar.

Bagaimanapun, Mah berkata calon berkenaan hanya akan diputuskan sekiranya parti itu mencapai kemenangan.

"Kami belum bincangkan calon lagi. Pertama, saya fikir kita harus menang," katanya.

Gerakan pernah menjadi kuasa dominan di Pulau Pinang, apabila memimpin negeri itu dari tahun 1969 hingga 2008.

Bagaimanapun, parti itu tersingkir pada pilihan raya umum 2008 apabila DAP mengambil alih kerajaan negeri dan gagal merampas mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum pada 2013.

Pada PRU13, MCA hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN, sementara Gerakan hanya menang satu kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN di seluruh negara.

Bagaimanapun, Mah berjaya menewaskan DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan setahun kemudian, apabila memenangi kerusi itu dan memperoleh jawatan menteri kabinet.

 

Lihat Komen
ADS