Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Parlimen dijangka bubar April
Diterbitkan:  Jan 8, 2018 12:21 PM
Dikemaskini: 4:24 AM

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjangkakan parlimen akan dibubarkan pada sekitar April.

“Ini kerana jemaah menteri yang bermesyuarat pada Rabu lepas menetapkan sesi persidangan parlimen ke-6 dan yang terakhir akan bersidang pada 5 Mac hingga 4 April tahun ini.

“Jarang sekali ketika parlimen bersidang, (parlimen) dibubarkan,” menteri pelancongan dan kebudayaan dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Anggota parlimen Padang Rengas itu berkata ketika ditanya berkaitan pilihan raya umum ke-14.

Mandat kerajaan persekutuan diterajui BN akan berakhir pada 24 Jun ini.

Lihat Komen
ADS