Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M: PM bayar hutang dengan 'jual negeri'
Diterbitkan:  Jan 8, 2018 11:59 PM
Dikemaskini: 4:09 PM

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mencadangkan beliau telah menjual 'beberapa negeri' dengan tujuan mengutip dana bagi membayar hutang.

Mantan perdana menteri itu berkata demikian susulan tindakan Bank Negara Malaysia membayar sejumlah RM 2 bilion bagi membeli 22.58 hektar tanah kerajaan bagi penempatan semula tapak Global Islamic Finance University dan International Research Academy for Islamic Finance.

Edge Financial Daily melaporkan penjualan itu akan mengisi semula kantung Menteri Kewangan (Diperbadankan) selepas syarikatnya 1MDB membayar kira-kira AS$600 juta (RM2.4 bilion) kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) sebagai penyelesaian kes mahkamahnya.

"Menjual harta (aset) adalah cara kerajaan membuat duit. Kita (Malaysia) menjual tanah di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang baru-baru ini dan membuat duit yang cukup bagi membayar ansuran hutang kepada IPIC.

"Kita banyak lagi tanah. Jika kita jual beberapa negeri kita akan jadi sangat kaya. Ini salah satu cara untuk mencapai Wawasan 2020.

"Lebih banyak tanah untuk dijual dan sedikit hasil jualan dapat diagihkan sebagai BR1M bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Kita akan menjadi negara maju. Tidak perlu menunggu sehingga 2050," kata Mahathir dalam hantaran yang dimuat naik di blog beliau malam ini.

Mahathir berkata sewaktu beliau menjadi perdana menteri, Bank Negara berkembang beberapa kali tetapi tidak ada berita mengenai bank pusat perlu mengeluarkan sejumlah besar wang untuk kegiatan yang tidak pernah didengar sebelum ini.

Mantan perdana menteri itu memperli Najib kerana menjalankan 'kerja yang bagus' dan beliau akan berkebolehan menjual lebih banyak tanah lagi jika lebih lama memerintah.

"Lihat Singapura. Ia kecil berbanding Malaysia. Tetapi ia memiliki pendapatan per kapita yang lebih tinggi daripada Malaysia.

"Singapura sebahagian dari Malaysia sebelum ini. Ia dijual kepada Inggeris. Sekarang ia negara merdeka.

"Kita tidak perlukan sebuah kawasan tanah yang luas. Jika kita menjual kesemua tanah yang berlebihan itu kita akan melihat ia maju membangun. Kita boleh berbangga dengan pembangunan itu," kata beliau.

Lihat Komen
ADS