Ahli Parlimen DAP, Tony Pua ingin tahu sama ada 1MDB telah "membocorkan berita palsu secara teliti" kepada Straits Times Singapura untuk menutup bagaimana Kementerian Kewangan sebenarnya yang membekalkan RM2.4 bilion untuk membayar hutangnya kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi.

Rakyat Malaysia, kata Pua, amat bimbang tentang bagaimana 1MDB membayar ansuran terakhir hutangnya itu.

"Apa yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi 1MDB ialah pembayaran dibiayai menerusi 'program rasionalisasi yang berterusan'.

"Tidak seorang pun, tentu saja, mempunyai petunjuk mengenai apa yang dimaksudkan dengan 'program rasionalisasi' itu," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mengambil maklum bagaimana "kebocoran secara teliti" kepada Straits Times itu sebaliknya mendedahkan bahawa dana untuk membayar IPIC adalah daripada penjualan pelaburan dalam beberapa instrumen kewangan dan pegangan dalam dua entiti berkaitan 1MDB yang memiliki tanah di Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor.

Laporan itu mengenal pasti pembeli tanpa nama berkenaan sebagai "pengusaha perrusahaan milik negara China".

Namun, Pua mengatakan bahawa ini bukan kali pertama Straits Times telah menyiarkan berita h yang membantu “menutup” beberapa "tipu helah kewangan 1MDB", merujuk kepada penjualan Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang diketuai Iskandar Waterfront, yang kemudiannya ditamatkan secara tiba-tiba oleh Kementerian Kewangan.

[Baca berita penuh]