Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Curi minyak Shell: S'pura tahan 17, rampas jutaan dolar
Diterbitkan:  Jan 9, 2018 1:08 PM
Dikemaskini: 5:10 AM

GLOBAL l Polis Singapura melaporkan 17 orang telah ditangkap dan jutaan dolar wang tunai dirampas selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian minyak di kilang penapisan terbesar Shell.

Menurut Reuters, tangkapan yang dibuat semasa serbuan pada Ahad lalu, berikutan Royal Dutch Shell Plc melaporkan kecurian itu kepada pihak berkuasa Singapura di tapak perindustrian Pulau Bukom, pada Ogos lalu.

Syarikat itu, dalam satu kenyataan, berkata antara yang ditahan adalah 'sejumlah kecil pekerja Shell' dan mereka menjangkakan sedikit kelewatan dalam operasi bekalan di Bukom.

Semua yang ditahan, berumur antara 30 hingga 63 tahun.

Polis berkata, mereka turut merampas wang tunai berjumlah S$3.05 juta dan sebuah kapal tangki kecil dengan 12,000 tan muatan. Akaun bank suspek turut dibekukan.

Menurut laman web syarikat itu, Bukom adalah kilang terbesar milik Shell di dunia dari segi kapasiti penyulingan minyak mentah.

Shell bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar minyak yang dicuri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS