Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terowong Pulau Pinang: Pengarah kanan direman 6 hari
Diterbitkan:  Jan 10, 2018 12:42 PM
Dikemaskini: 4:52 AM

Seorang pengarah eksekutif di syarikat yang dikatakan terlibat dalam cadangan pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang direman enam hari.

Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil memberikan perintah reman yang dipohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) itu di Mahkamah Majistret Putrajaya.

SPRM sebelum itu memohon perintah reman tujuh hari.

Peguam kepada lelaki 59 tahun itu, Hamidi Mohd Noh berkata, anak guamnya membantah permohonan reman itu kerana dia telah menyerah diri bagi membantu siasatan semalam.

“Saya tegaskan dia direman untuk membantu siasatan.

"Dia tidak bersalah,” kata Hamidi.

Sebelum ini, dua individu bergelar datuk dilapor ditangkap berhubung dakwaan rasuah melibatkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Tangkapan itu dibuat susulan serbuan semalam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS