Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir di Pahang terus meningkat
Diterbitkan:  Jan 13, 2018 11:43 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 1,452 orang setakat 9 pagi ini melibatkan tiga daerah apabila Raub dilanda banjir sekali lagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata semua mangsa banjir di Pekan, Rompin dan Raub ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Pekan terus merekodkan pertambahan mangsa dengan 1,210 orang berbanding 1,165 orang malam tadi dan ditempatkan di 10 buah PPS.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang kini menempatkan 322 mangsa, SK Sri Biram (67), SK Sinar Mutiara (375), SK Seri Terentang (39), SK Temai (93), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (136), Pulau Manis (75), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), Pusat Pemindahan Kampung Lamir (55) dan SK Acheh (sembilan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Di Rompin, jumlah mangsa turut meningkat kepada 239 orang berbanding 125 orang malam tadi dan ditempatkan tiga buah pusat pemindahan SK Tekek, Tioman (63), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (72) dan Balai Raya Setajam (104).

Di Raub, hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu Masjid Jamek Kuala Semantan menempatkan tiga mangsa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS