Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada lagi keluarga, kroni didahulukan - Pemuda Umno
Diterbitkan:  Jan 15, 2018 1:01 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

Kerajaan kini menjamin masa depan Malaysia yang lebih baik berbanding ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri kata Senator Khairul Azwan Harun.

"Kita tiada lagi modus operandi masa Mahathir di mana keluarga dan kroninya memperkaya diri sebelum berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan media pagi ini.

Khairul juga mendakwa Mahathir menggunakan politik manipulasi dan menyampaikan maklumat palsu kepada rakyat.

"Dia mendakwa Malaysia buang duit ke Amerika Syarikat sambil abaikan perkara asas bahawa pelaburan ini adalah untuk tujuan mendapatkan pulangan daripada ekonomi Amerika Syarikat yang sedang berkembang.

"Mahathir mendakwa PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) telah menterbalikkan setiap pencapaian yang dilakukannya semasa menjadi perdana menteri.

"Saya menganggap Mahathir tidak sedar usaha kerajaan sekarang untuk membawa dasar dari atas ke bawah melalui inisiatif seperti TN50 (pelan transformasi negara 2050)," katanya sambil menyeru pembangkang menyemak fakta sebelum membuat sebarang tuduhan.

Sebelum ini, ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengkritik bekas perdana menteri itu kerana mendakwa TN50 menyalin semula Wawasan 2020 yang diilhamkannya.

Mahathir sebelum ini mendakwa TN50 adalah pengakuan kerajaan bahawa ia gagal melaksanakan Wawasan 2020.

Lihat Komen
ADS