Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Selepas bantahan, SPR mahu ubah 5 kerusi parlimen S'gor

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencadangkan persempadanan semula kerusi pilihan raya untuk Selangor untuk hanya lima kawasan Parlimen, daripada 18 yang dicadangkan sebelum ini.

Lima kerusi itu adalah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Gombak, Ampang, dan Pandan.

Ini berdasarkan kepada cadangan persempadanan semula kedua bagi negeri berkenaan yang dipamerkan hari ini.

Cadangan pertama SPR mahu melakarkan semula persempadanan bagi kerusi Selayang, Hulu Langat, Bangi, Puchong, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang, Kota Raja, dan Kuala Langat, sebagai tambahan kepada lima kawasan pilihan raya.

Di samping itu, SPR mengekalkan cadangannya untuk menamakan semula kawasan Parlimen Serdang menjadi Bangi, tetapi menggugurkan cadangan untuk menukar nama empat kawasan parlimen lain.

Pada cadangan pertama, SPR mahu enam kerusi dewan undangan Selangor dinamakan semula tetapi mengikut cadangan kedua hanya empat dinamakan: Batu Caves (ditukar nama Sungai Tua), Chempaka (Pandan Indah), Bangi (Sungai Ramal), dan Teluk Datuk (Banting).

Antara lain, cadangan itu bermaksud bahawa sempadan Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan akan kekal, dan tidak lagi sebahagian Petaling Jaya Utara dan kawasan pilihan raya negeri Bukit Lanjan dijadikan kawasan Parlimen baru Damansara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS