Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengurusan kuil: Kerajaan tak tawar kami tanah

Jawatankuasa pengurusan kuil Hindu di Masai, Johor yang dirobohkan pada 11 Januari lalu berkata tidak pernah mendapat tawaran sebarang tanah oleh kerajaan negeri secara rasmi.

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin mengumumkan sebidang tanan di Jalan Persisiran, Seri Alam telah diperuntukkan untuk kuil itu.

Beliau berkata jawatankuasa pengurusan kuil tersebut telah diberikan tawaran berkenaan tetapi telah ditolak.

Naib setiausaha jawatankuasa pengurusan kuil Sri Siva Sakti Sri Sinna Karuppar Aalayam, E Rajendren ketika dihubungi berkata pihak jawatankuasa tidak tahu-menahu mengenai tawaran tersebut.

"Kami tidak mendapat sebarang makluman berkenaan tawaran yang disebutkan itu sebelum perobohan terjadi," kata Rajendran.

Beliau berkata pihak jawatankuasa pengurusan kuil hanya tahu mengenai tawaran itu melalui ucapan seorang pemimpin MIC Johor M Asojan yang dimuat naik ke Facebook selepas perobohan tersebut.

Walaupun mendapat tawaran tersebut, Rajendran berkata pihak jawatankuasa pengurusan kuil bertegas tidak mahu berpindah kerana perjanjian telah dibuat dengan pemilik tanah sebelum ini. Pemilik tanah sekarang membeli hartanah tersebut pada 1994.

Menurut Rajendran, pihak jawatankuasa pengurusan kuil berpendirian mereka menduduki tanah itu secara sah mengikut undang-undang dan menegaskan kuil itu telah wujud hampir 80 tahun.

Kuil itu dirobohkan selepas pemilik tanah, dikatakan warga Singapura telah mendapat perintah mahkamah.

Dalam suatu kenyataan semalam, Khaled berkata perobohan itu kerja pemilik tanah tersebut selepas mendapat perintah mahkamah dan tidak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri sebenarnya pernah mencadangkan sebidang tanah baru untuk menggantikan kuil di tanah persendirian tersebut. Bagaimanapun, cadangan kerajaan negeri tersebut telah ditolak oleh pihak kuil yang berkeras untuk kekal di atas tanah milik persendirian di dalam kes ini.

"Kerajaan negeri ingin sekali lagi menawarkan kepada pihak pengurusan kuil sebidang tanah baru yang telah dirizabkan sebagai tapak kuil di Jalan Persisiran, Seri Alam.

"Bagi mengelakkan isu ini berpanjangan dan melarat, adalah diharapkan kesediaan kerajaan negeri memberikan tawaran tapak kali kedua ini akan dipersetujui dan diterima baik oleh pihak pengurusan kuil," kata beliau.

 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS