Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas pemandu Uber didakwa culik paderi Koh
Diterbitkan:  Jan 16, 2018 2:07 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Selepas menghadapi pertuduhan mereas ugut, Mac tahun lalu, Lam Chang Nam kini menghadapi pertuduhan penculikan.

Bekas pemandu Uber sambilan Lam Chang Nam, 31, didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan menculik paderi Raymond Koh.

Menurut kertas pertuduhan, pendakwa raya menuduh Lam, bersama tujuh orang lagi yang masih bebas, melakukan perbuatan itu di Petaling Jaya kira-kira jam 10.25 pagi pada 13 Februari tahun lalu.

Sekiranya didapati bersalah, Lam boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Lam didakwa pada Mac tahun lalu kerana cuba memeras ugut wang tunai RM30,000 dari keluarga Koh, yang diberitahu bahawa beliau boleh membebaskan paderi itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS