Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih 1,000 remaja didakwa sebar video seks
Diterbitkan:  Jan 16, 2018 5:08 PM
Dikemaskini: 9:17 AM

GLOBAL I Lebih 1,000 remaja di Denmark didakwa kerana menyebarkan video seks menerusi aplikasi Facebook.

Kes itu melibatkan dua video dan gambar lucah yang menunjukkan seorang remaja lelaki dan remaja perempuan melakukan hubungan intim, kata Polis Denmark.

Video yang dirakam sejak tahun 2015, tersebar di Facebook sehingga musim luruh 2017.

Seramai 800 remaja lelaki dan 200 remaja perempuan terlibat dalam penyebarannya, kebanyakannya berumur antara 15 dan 20 tahun dari seluruh Denmark.

Polis berkata kebanyakan golongan muda berkongsi video itu beberapa kali namun ada yang berkongsinya sehingga beratus-ratus kali.

Video dan gambar yang disebarkan di perkhidmatan mesej Facebook itu, telah dilaporkan kepada rangkaian media sosial terkenal itu, lapor Sky News.

Facebook telah memaklumkan pihak berkuasa Amerika dan kes itu juga telah sampai ke pengetahuan Europol, agensi penguatkuasaan undang-undang Kesatuan Eropah.

Di Denmark, seks dengan kerelaan adalah pada umur 15 tahun tetapi mengedarkan bahan seks melibatkan golongan bawah umur 18 tahun adalah kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman maksimum enam tahun penjara.

Jika remaja dalam kes ini didapati bersalah mereka mungkin didenda atau dihukum penjara.

Salah satu daripada hukuman itu akan menyebabkan rekod jenayah kepada mereka sehingga satu dekad, kata polis.

Lihat Komen
ADS