Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) hari ini kesal dengan kenyataan yang dibuat Presiden parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggotanya yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

"RELA berpendapat kenyataan presiden parti itu sangat mengelirukan terutamanya kepada masyarakat Sabah dan ia merupakan satu penghinaan kepada 3.05 juta ahli RELA di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya.

Menerusi video yang tular di laman sosial semalam, Mohd Shafie ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, kelmarin, dilihat mempertikaikantindakan menempatkan anggota RELA yang tidak mahir dalam mengendalikan senjata api untuk penugasan di Esszone.

Beliau dilaporkan berkata bahawa anggota RELA hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis-majlis kenduri sahaja.

RELA berkata anggota yang dipilih untuk penugasan itu perlu melalui kursus asas dan kursus khas penugasan Esszone termasuk pengendalian senjata api.

- Bernama

Lihat Komen
ADS