Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
HARAPAN mampu rampas Ayer Hitam, kata pemimpin DAP
Diterbitkan:  Jan 17, 2018 1:21 PM
Dikemaskini: 6:22 AM

Walaupun dianggap sukar tetapi tidak mustahil bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) merampas kerusi Parlimen Ayer Hitam pada pilihan raya umum akan datang, kata pemimpin DAP Johor.

Naib Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata pada pilihan raya lepas, pihak pembangkang berjaya menguasai 21 peratus undi Melayu di Ayer Hitam, jauh lebih rendah daripada yang dicapai oleh calon pembangkang di kerusi-kerusi sekitar.

"Adalah jelas bahawa terdapat ruang bagi HARAPAN meningkatkan sokongan orang Melayu dan Cina di Ayer Hitam.

"Memandangkan keadaan ekonomi dan politik semasa, saya tidak fikir bahawa peluang meningkatkan jumlah sokongan adalah terlalu sukar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ayer Hitam adalah kawasan parlimen majoriti penduduk Melayu yang kini dipegang oleh timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, yang kini dalam penggal ketiganya.

Majoriti Wee merosot sejak memenangi kerusi itu untuk kali pertama pada tahun 2004. Namun pada pilihan raya 2013, beliau hanya memperoleh 51.3 peratus daripada jumlah undi.

HARAPAN telah memperuntukkan kerusi Ayer Hitam kepada AMANAH, yang akan meletakkan calonnya bertanding di bawah bendera DAP.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata walaupun Ayer Hitam adalah “kerusi mudah” buat MCA, beberapa perkembangan baru-baru ini dalam HARAPAN telah menjadi kerusi itu  “kompetitif”.

"Ayer Hitam merupakan kerusi dengan 56 peratus pengundi Melayu, 38 peratus pengundi Cina dan 4 peratus pengundi India. Kerusi ini tidak pernah menjadi kerusi mudah untuk pembangkang, terutamanya di Johor di mana Barisan Nasional secara perbandingan lebih kuat berbanding di negeri lain.

"Saya merupakan yang pertama yang mengaku Ayer Hitam merupakan kerusi yang sukar untuk Pakatan Harapan.

"Namun untuk Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya, HARAPAN perlu menang setiap kerusi separa bandar yang mempunyai pengundi campuran dengan majoriti Melayu seumpamanya di pantai barat Semenanjung," katanya.

Lihat Komen
ADS