Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) jika gabungan pembangkang membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke-14, namun kerusi parlimen mana yang akan ditandinginya belum dijawab.

Antara kerusi yang disebut-sebut sedang diintai oleh bekas perdana menteri itu ialah Langkawi, pulau yang menurut pelbagai pihak menjadi sebuah syurga pelancongan kerana usaha beliau.

Kerusi itu kini adalah kubu kuat Umno, yang kini dipegang oleh ahli parlimen penggal pertama, Datuk Nawawi Ahmad.

Nawawi memenangi kerusi itu dengan majoriti 11,861 undi atau 67 peratus undi, tetapi apabila ditanya sama ada beliau mampu mengalahkan Dr Mahathir, beliau sekadar gelak dan berkata: "Tiada komen."

Beliau berkata Umno "tetap kukuh" di Langkawi, tetapi apabila diasak sama ada beliau akan mempertahankan kerusi itu, hanya berkata: "Insya-Allah.

Mahathir sendiri tidak melihat Langkawi sebagai “kerusi yang selamat” dan berkata proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pergerakan pengundi akan menimbulkan cabaran buat BERSATU.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS