Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
ISMA: Diskaun Hokkien Proton ganjil dan rasis
Diterbitkan:  Jan 18, 2018 6:07 PM
Dikemaskini: 10:27 AM

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) membidas diskaun 10 peratus yang ditawarkan kepada anggota Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia untuk kereta Proton.

Naib Presiden ISMA, Abdul Rahman Mat Dali tidak menolak kemungkinan diskaun itu berkait dengan kepentingan firma China dalam syarikat kereta Malaysia itu.

"Baru sahaja pegang syer besar dalam Proton sudah tunjuk rasis. Saya bimbang selepas ini pelbagai lagi langkah yang dilakukan mereka terhadap Proton,” kata beliau dipetik Ismaweb.

Abdul Rahman turut mempersoalkan kewajaran menawarkan diskaun secara eksklusif kepada anggota kesatuan Hokkien itu dan bukannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Ia dilihat ganjil. Malah sejarah Proton sejak mula lagi tidak pernah berlaku perkara seumpama ini,” katanya.

Menurut laporan Nanyang Siang Pau, ketua pegawai eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) Li Chunrong (gambar, atas) mengumumkan diskaun itu ketika majlis makan malam bersama ahli perniagaan Hokkien minggu lalu.

"Semua warga Malaysia yang berasal dari Fujian yang membeli kereta Proton akan mendapat harga diskaun terpilih kami," katanya dipetik berkata demikian.

Surat-menyurat naib presiden jualan dan pemasaran PONSB, Abdul Rashid Musa dengan persatuan itu menunjukkan urus niaga tersebut bersifat 'kerjasama dua pihak'.

Berdasarkan surat-menyurat yang dilihat Malaysiakini, tawaran itu sah dari 12 Januari ke 31 Mac tahun ini.

Proton ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad pada tahun ketiga pentadbiran beliau sebagai perdana menteri pada 1983 bagi memacu industri kereta Malaysia.

Walaupun pada awalnya berjaya, beberapa keputusan perniagaan yang salah mendorong kerajaan melaksanakan langkah-langkah penyelamatan ekonomi ke atas syarikat itu.

Separuh daripada saham kerajaan dalam pemilikan syarikat itu dijual kepada syarikat kereta China, Geely Holdings.

Lihat Komen
ADS