Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan bagi mata wang tempatan yang berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu ini, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 3.9380/9430 berbanding dolar US daripada 3.9360/9400 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata dengan tiada bantahan daripada BNM mengenai ringgit yang lebih kukuh, pintu terbuka luas bagi mata wang tempatan untuk terus meningkat.

"Ringgit terus di bawah nilai berbanding mata wang serantau seperti dinyatakan melalui purata wajaran perdagangan yang menunjukkan nilai saksama mata wang tempatan perlu lebih dekat kepada 3.50-3.70.

"Dengan eksport yang kukuh, inisiatif Jalur dan Laluan meningkatkan pelaburan langsung asing, harga minyak meningkat dan dolar US lemah disokong oleh BNM yang positif, pasaran boleh beralih ke arah itu," katanya.

“Mengambil petunjuk daripada Yuan yang meningkat pada Jumaat, ringgit susut kepada 3.95 berbanding dolar US dan segera naik kepada 3.94, susulan pelabur menumpukan kepada kedudukan ringgit menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari minggu ini,” katanya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.8209/8274 daripada 4.8322/8387 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9804/9853 daripada 2.9820/9869.

Ringgit naik berbanding yen kepada 3.5570/5619 daripada 3.5572/5617, dan menambah berbanding pound British kepada 5.4656/4741 daripada 5.4742/4801. -Bernama

Lihat Komen
ADS