Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4 remaja tunggang basikal tanpa brek ditahan

Empat remaja lelaki ditahan kerana dipercayai mengubah suai basikal dan menunggang secara berbahaya di kawasan perumahan Persiaran Meranti Sri Damansara 13, berhampiran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata kesemua mereka yang berumur antara 14 dan 15 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam operasi hasil maklumat awam pada 3 petang.

"Susulan itu, polis mengeluarkan saman mengikut Peraturan 42 (1) (a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana mengubah suai basikal yang tidak memiliki brek dan loceng," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Polis turut merampas kesemua basikal lajak yang digunakan dan merakam percakapan remaja terlibat serta penjaga masing-masing, katanya. -Bernama

Lihat Komen
ADS