Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ringgit meneruskan momentum meningkatnya untuk dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, berikutan sentimen positif yang menyokong pasaran, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 3.9270/9300 berbanding dolar AS daripada 3.9330/9370 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata peningkatan sentimen risiko global selepas Senat AS menamatkan penutupan kerajaan dan dengan harga minyak yang lebih tinggi memberi prospek baik kepada ringgit hari ini.

"Rundingan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pematuhan dasar Rusia selepas 2018, mencadangkan harga minyak yang lebih tinggi dan lebih lama.

"Bukan sahaja memberi kelebihan kepada dana bajet kerajaan tetapi memberi prospek baik kepada komponen minyak dan gas di saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.

Innes juga berkata susulan pasaran ekuiti AS meraikan pekerja kerajaan yang kembali bekerja dengan menaikkan Dow Jones kepada paras rekod baharu, momentum positif ini perlu dibawa ke Asia.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound British.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.8165/8213 daripada 4.8179/8232 pada Isnin dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9788/9822 daripada 2.9809/9848.

Ringgit naik berbanding yen kepada 3.5394/5431 daripada 3.5522/5565, tetapi jatuh berbanding pound British kepada 5.4923/4969 daripada 5.4653/4724. -Bernama

Lihat Komen
ADS