PM: Malaysia tak akan sesekali tambat ringgit
Diterbitkan: Jan 23, 2018 11:51 AM | Dikemas kini: Jan 23, 2018 11:53 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa berkata Malaysia tidak akan menambat mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat, dan kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengurangkan defisit.
“Kita sudah menjelaskan bahawa kita tidak akan sekali-kali ulangi langkah itu (menambat ringgit kepada dolar), dengan kepercayaan bahawa walaupun mungkin terdapat turun naik jangka pendek, dalam tempoh yang lama tahap ringgit akan mencerminkan ekonomi Malaysia,” kata Najib dalam persidangan di Kuala Lumpur.
Beliau juga berkata penting bagi Malaysia untuk mengekalkan tahap defisit fiskal rendah dan memastikan hutang kerajaan di tahap 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.
- Reuters

