Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: ‘Ketaasuban’ kereta nasional punca pengangkutan awam diabaikan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pengangkutan awam di Malaysia telah diabaikan selama beberapa dekad lalu kerana “ketaasuban” seseorang pemimpin dengan idea kereta nasional.

"Selama beberapa dekad, pengangkutan awam telah diabaikan. Ini tidak masuk akal, dengan pemilik berbeza, sistem berbeza dan tentunya tiada integrasi.

"Ketaasuban seseorang dengan idea sebuah kereta nasional - yang kini dipulihkan di bawah pemilikan bersama antarabangsa - menyaksikan Malaysia mempunyai sistem pengangkutan awam yang kurang cekap," kata Najib dalam ucaptama beliau di persidangan 'Invest Malaysia 2018' di Kuala Lumpur hari ini.

Walaupun dia tidak menyebut sebarang nama, kereta kebangsaan Proton adalah idea bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini adalah seteru politik Najib.

Pada awal tahun lalu, pembuat kereta China Geely membeli kepentingan 49.9 peratus daripada Proton Holdings Bhd, dengan DRB-Hicom Group mengekalkan bahagian majoriti sebanyak 50.1 peratus dalam Proton.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS