Gala kumpul derma 'ramas' wanita terima padah
GLOBAL l Malam Kebajikan London untuk mengutip derma oleh sebuah kelab kumpulan lelaki sahaja mengundang masalah apabila Financial Times melaporkan pelayan wanita yang disewa khas untuk majlis itu diramas dan dicabul.
Ini menyaksikan derma yang disumbang dipulangkan semula manakala ahli-ahli politik mengecam majlis berkenaan.
Artikel FT oleh seorang wartawan yang menyamar di gala Kelab Presiden pada minggu lalu menghuraikan lelaki yang memakai tuxedos meraba-raba wanita berkenaan sambil tangan mereka berada dalam skirt pelayan tersebut.
Pelayan juga dipaksa duduk di riba lelaki yang membuat komen lucah serta menawarkan untuk membawa mereka ke bilik hotel.
Seorang daripada 130 pelayan itu berpakaian gaun hitam dengan seluar dalam dengan corak dan warna hampir sama serta diarah menandatangani perjanjian bahawa apa yang berlaku pada malam itu tidak didedahkan sebelum mereka menghiburkan 360 tetamu lelaki. Katanya, seorang tetamu mendedahkan zakarnya semasa majlis itu.
"Wanita dibawa sebagai umpan untuk lelaki, untuk lelaki kaya, seolah-olah tingkah laku itu boleh diterima. Ia benar-benar tidak boleh diterima," kata ahli parlimen Jess Phillips kepada semasa sidang perdebatan mengenai isu itu.
Beliau adalah antara beberapa ahli politik wanita yang membantah keras majlis itu dan menganggapnya sebagai satu penghinaan klepada wanita.
Dua hospital kanak-kanak London, Great Ormond Street dan Evelina, berkata mereka akan memulangkan sumbangan yang diterima daripada Kelab Presiden, sementara penaja korporat WPP, kumpulan pengiklanan, berkata mereka akan memutuskan hubungan dengan organisasi itu.
"Kami tidak akan menerima sumbangan yang dikumpulkan dengan cara ini," kata Great Ormond Street dalam satu kenyataan.
Pada penghujung hari, Kelab Presiden yang sebelum ini tidak dikenali mengumumkan bahawa mereka akan membubarkan diri sendiri.
"Pemegang amanah telah memutuskan bahawa Kelab Presiden tidak akan menganjurkan sebarang acara pengumpulan dana lagi. Baki dana yang ada akan diedarkan kepada badan amal kanak-kanak dan kemudiannya kami akan ditutup," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

