GLOBAL | Sebuah muzium di New York dilapor menolak permintaan Rumah Putih untuk meminjam lukisan pelukis legenda Van Gogh, sebaliknya menawarkan sebuah jamban emas kepada pentadbiran Presiden Donald Trump.

Rumah Putih mahu meminjam lukisan bertajuk Landscape with Snow yang dihasilkan Van Gogh pada tahun 1888, yang memaparkan lukisan seorang lelaki dan anjing berjalan merentasi padang.

Media antarabangsa melaporkan jamban menggunakan emas 18 karat itu adalah karya seni pemasangan oleh artis Itali Maurizio Cattelan yang terkenal dengan karya pahatan berbentuk sindiran.

Jamban yang diberi nama America itu dipasang di Guggenheim pada September 2016. Ia dibenar digunakan oleh orang ramai yang mengunjungi muzium itu semasa pameran.