Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Loke mahu makan 'Musang King' MCA
Diterbitkan:  Jan 26, 2018 9:26 PM
Dikemaskini: 1:33 PM

Anggota Parlimen Seremban, Anthony Loke berjanji mempertahankan kerusinya walaupun menghadapi tentangan kuat daripada Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang disebut-sebut sebagai "Musang King" oleh partinya sendiri.

'Musang King' adalah salah satu nama bagi gred durian yang dijual dengan harga tinggi dan gelaran yang diberikan oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong kepada Chong.

Menurut Loke, beliau menanti-nantikan saat untuk mengunyah 'Musang King', walaupun pencabarnya telah "menggegarkan" sesetengah penyokongnya di Seremban.

"Ramai yang bimbang tentang ini. Ada yang bertanya kepada saya hari ini jika saya yakin (mengekalkan kerusi) kerana 'king' mahu berlawan dengan saya.

"Setakat yang saya tahu, 'Musang King' akan dimakan, betul? Jadi saya pasti akan mempertahankan Seremban pada pilihan raya akan datang untuk makan 'Musang King'!" katanya pada ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Melaka malam tadi.

Bagaimanapun, Loke memberi amaran kemenangan bergantung kepada sama ada parti komponen HARAPAN boleh bekerjasama, terutamanya dalam meyakinkan pengundi Melayu.

"Untuk makan 'Musang King' kita mesti bekerjasama dengan parti komponen. Marilah kita bekerjasama untuk menjatuhkan rejim yang rosak ini," katanya.

Pertembungan antara Chong dan Loke adalah salah satu daripada beberapa pertandingan berprofil tinggi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Pada pilihan raya umum lepas, Loke mengekalkan kerusi Seremban dengan hanya 52 peratus undi.

Lihat Komen
ADS