Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siti Hasmah digugurkan sebagai penaung Persatuan Tenis Kerusi Roda

Selepas sekian lama menjadi penaung kepada Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali akhirnya digugurkan daripada jawatan itu.

Menurut pembantu peribadi Siti Hasmah, Rozlina Jamaluddin, perkara itu disampaikan melalui sepucuk surat yang dihantar ke pejabat isteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada 22 Januari lalu.

"Surat bertarikh 28 Disember itu berkata mesyuarat exco meluluskan resolusi untuk merobak jawatankuasa bagi menambahbaik persatuan.

"Beliau menerima keputusan itu dengan baik dan berkata 'tak mengapa' (it's ok) selepas membacanya," katanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini sudah menghubungi Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia dan sedang menunggu respon mereka.

Pagi tadi, anaknya Datin Paduka Marina Mahathir memaklumkan perkara itu menerusi Twitter.

"Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia meluluskan resolusi untuk meminta ibu meletakkan jawatan sebagai penaung. Betapa lekehnya keadaan sekarang," katanya.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas, beliau merujuk tekanan demi tekanan yang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah selepas selepas bekas perdana menteri itu menjadi pembangkang.

Dua hari lalu, polis menyiasat dan mengambil keterangan Siti Hasmah berhubung ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’di Kuala lumpur pada September tahun lalu.

Ekoran penglibatannya Hasmah dalam himpunan itu, beliau disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.

 

Lihat Komen
ADS