Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengenai keputusan penukaran agama secara satu pihak sebagai hebat, sambil menambah bahawa mahkamah telah melakukan apa yang Parlimen tidak mempunyai tulang belakang untuk lakukan dalam pindaan Akta Pembaharuan Undang-Undang 1976.

Selepas sembilan tahun "bertarung", Kulasegaran berkata badan kehakiman yang bertindak dalam menyelesaikan pertikaian berhubung penukaran agama anak-anak secara satu pihak.

Dalam keputusannya pagi ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penukaran agama seseorang kanak-kanak memerlukan persetujuan kedua-dua ibu bapa yang membawa kepada penghujungkan kes berpanjangan antara M Indira Gandhi dengan suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah yang megIslamkan anak-anak mereka tanpa persetujuan isterinya.

"Tidak boleh hanya satu orang atau pihak  untuk menentukan agama seorang kanak-kanak. Saya mempunyai banyak bantahan apabila Parlimen tidak mempunyai tulang belakang dan (kerajaan) gagal memperkenalkan pindaan kepada Akta Pembaharuan Undang-Undang seperti yang dibincangkan sejak tahun 2009.

"Akhirnya dan mengejutkan ialah Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan hari ini yang mana wakil rakyat negara ini gagal berbuat demikian. Najib berjanji untuk mengkaji semula akta itu tetapi gagal melaksankannya atas alasan beliau memerlukan majoriti dua pertiga (di Parlimen ).”

Kulasegaran mempersoalkan siapa yang menasihatkan Najib mengenai peraturan majoriti dua pertiga itu dan berkata, Najib menggunakan helah berkenaan untuk memenangi hati dan fikiran orang Melayu sambil mengatakan sesuatu yang lain kepada bukan Melayu.

Mengulas keputusan hari ini, Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) pula menyifatkannya sebagai "kemenangan besar".

"Keputusan penting hari ini oleh Mahkamah Persekutuan mengenai kes Indira Gandhi adalah kemenangan besar bagi semua rakyat Malaysia. Ia menegaskan bahawa kedua ibu bapa mempunyai hak yang sama untuk memutuskan agama anak mereka," kata Sumitra Visvanathan, pengarah eksekutif WAO.

"Penukaran unilateral adalah pencabulan terhadap hak-hak wanita dan membawa kepada salah laku yang lebih besar, termasuk penculikan kanak-kanak.

"Polis mesti menyatukan Indira dengan anaknya yang paling muda, Prasana Diksa, yang diculik oleh bekas suaminya pada 2009 dan enggan memulangkannya semula dengan mengengkari arahan mahkamah," katanya.

[Baca berita penuh]