Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kementerian Pelajaran sedang meneliti kes seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri Iphone gurunya, kata timbalan menterinya, Datuk P Kamalanathan.

Malah, beliau turut mendedahkan bahawa guru berkenaan telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah.

“Sudah tentu kementerian menyiasatnya. Ini adalah isu yang sangat serius dan kami berhasrat menyiasat secara terperinci.

“Pihak polis juga sedang menyiasat dan pihak kementerian akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan ini.

“Guru yang terlibat telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah sementara menunggu siasatan penuh mengenai isu ini,” katanya dalam pesanan teks kepada Malaysiakini.

Selain itu, Kamalanathan berkata, beliau dan pegawai dari Jabatan Pendidikan Pulau Pinang juga telah bertemu dengan ibu bapa pelajar berkenaan.

Keluarga remaja tersebut sebelum ini membuat laporan polis dan menggesa agar siasatan dilakukan serta tindakan diambil terhadap guru terbabit.

Murid yang berasal dari Nibong Tebal itu sebelum ini dilaporkan menulis sepucuk surat sebelum cuba menggantung diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Menurut laporan polis, guru terbabit sebelum itu membawa remaja berkenaan ke sebuah bilik dan dikurung sebelum memaksanya mengaku mencuri sebuah bimbit.

Pelajar itu bagaimanapun menafikan mencuri telefon berkenaan dan cuba menggantung dirinya menggunakan selendang ketika di rumahnya.

Lihat Komen
ADS