Harga semua petrol naik 2sen, diesel naik 3sen
Diterbitkan: Jan 31, 2018 6:06 PM | Dikemas kini: Jan 31, 2018 6:31 PM
Jualan runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 2 sen mulai tengah malam ini.
Dalam kemas kini harga dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan petang ini, harga jualan runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing menjadi RM2.31 dan RM2.58 seliter.
Harga jualan runcit diesel pula naik 3 sen berbanding minggu lalu kepada RM2.34 seliter.


