Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahfuz umum langkah seterusnya 'dalam masa 45 hari'

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang keluar PAS awal bulan lalu, selama ini dilihat berahsia mengenai masa depan politiknya.

Tetapi kini katanya, beliau akan membuat pengumuman mengenai langkah politik beliau seterusnya dalam masa "45 hari", bermula hari ini.

Apabila ditemui di Alor Setar, Kedah, Mahfuz nampaknya telah membuat keputusan mengenai parti pilihannya, tetapi masih merahsiakan keputusannya itu.

Mahfuz mengulangi bahawa beliau telah menyenarai pendek pilihannya, tetapi menegaskan bahawa ia tidak termasuk Umno.

Selepas berkhidmat di kawasan pilihan rayanya selama tiga penggal - 1999, 2008 dan 2013 - Mahfuz malah berkata beliau juga memikirkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam "ibu segala pilihan raya" tahun ini.

"Saya tidak perlu menjadi calon, saya masih boleh menyokong Pakatan Harapan, menjadi penasihatnya, dan membantu dalam strategi pilihan rayanya pada pilihan raya akan datang," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

"Apa pun, saya akan mengumumkannya dalam masa 45 hari," katanya.

Ditanya mengapa 45 hari, atau pada 17 Mac, Mahfuz enggan memberi komen kecuali memberi petunjuk bahawa beliau mungkin berada di Parlimen pada masa itu.

Ditanya mengenai kriteria beliau untuk memilih parti, Mahfuz menjawab: "Semua parti adalah sama, dari segi kekuatan mereka dalam HARAPAN.

"Yang penting, jika saya membuat keputusan untuk bertanding, saya akan mempertimbangkan kerjasama antara semua parti di Pokok Sena," katanya.

Secara amnya, tegas Mahfuz, semua parti nampaknya ada di kawasan itu, dan "mereka nampaknya bekerjasama antara satu sama lain," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS