Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mufti Perak saran tubuh mahkamah syariah dalam undang-undang tubuh negeri
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 2:51 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau berkata peruntukan Mahkamah Syariah perlu diluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada orang Islam sahaja.

“Pindaan itu berupaya mengangkat Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekali gus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak guru tadika M. Indira Gandhi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS