Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak maut dipercayai mangsa dera
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 4:51 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Zainudin Ahmad berkata dalam kejadian pada 11.30 malam semalam, mangsa yang berusia sembilan tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya.

“Bapanya telah memberikan bantuan pernafasan, namun tidak berjaya dan membawa mangsa ke HTJS. Setibanya di HTJS pada 12.30 tengah malam, mangsa didapati telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Pemeriksaan awal ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti cedera buah pinggang, usus koyak serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul,” katanya dalam kenyataan di Port Dickson, hari ini.

Zainudin berkata polis akan menahan bapa dan ibu tiri mangsa bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.


-Bernama

Lihat Komen
ADS