Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bom Perang Dunia Kedua ditemui di Parit
Diterbitkan:  Feb 2, 2018 12:37 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Sebutir bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Bandar Universiti di Seri Iskandar di Parit, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata bom seberat 45 kilogram (100 paun) itu dijumpai orang awam pada 5.30 petang sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Beliau berkata bom dalam keadaan separuh terbenam itu akan dimusnahkan di lokasinya ditemukan oleh Unit Pemusnah Bom Perak dan Bukit Aman, tengah hari ini.

"Bom itu dijangka akan dimusnahkan sebelum solat Jumaat dan orang ramai di kawasan berhampiran diminta mengambil maklum kerana kesan gegaran mungkin dirasai dalam radius satu kilometer," katanya ketika dihubungi di Parit hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS