Paling Popular
Terkini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengingatkan menteri membuat kerja rumah berkaitan sesuatu isu.

Tanpa menyebut nama, Zahid membangkitkan bagaimana seorang menteri memalukan diri sendiri di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya nak cerita sikit, tuan-tuan dan puan-puan, ada seorang menteri ini, apabila dalam satu mesyuarat, PM bertanya.

“Ketika itu jerebu sedang melanda Semenanjung Malaysia, Lembah Klang.

“Yang amat berhormat PM tanya macam mana keadaan jerebu hari ini.

“Dia bangun, tengok-tengok (luar tingkap dan kata), agak kurang sikit,” kata Zahid sambil disambut gelak ketawa kira-kira 200 orang di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong hari ini.

“Menteri begitu malulah. Mesti ada fakta berapa peratus dia punya kekaburannya, baru boleh jadi menteri yang ada kelas. Kalau tidak orang lain gelakkan.”

Zahid bagaimanapun berkata menteri ditujunya itu bukan menteri yang sedang menyandang jawatannya.

“Sekarang bagus-bagus,” katanya.

Lihat Komen
ADS