Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Lebih 1,000 orang hadir ke rumah mendiang M Vasanthapiriya di Nibong Tebal, Penang, bagi memberikan penghormatan terakhir kepada remaja 13 tahun yang meninggal dunia selepas cuba membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon guru.

Mereka yang hadir termasuk rakan sekolah remaja tingkatan satu itu.

Selepas upacara agama, keranda mendiang yang berhias dengan gambar dan potretnya dibawa ke perkuburan Hindu di Jalan Changkat kira-kira jam 2 petang semalam.

Beberapa rakannya yang memakai pakaian seragam sekolah berlinangan air mata dan mula berteriak kesedihan selepas keranda dibawa pergi.

Vasanthapiriya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya kerana kecederaan otak.

Mendiang koma sejak 24 Januari lalu selepas menggantung diri dengan selendang selepas dituduh mencuri Iphone gurunya.

Dalam nota terakhirnya, Vasanthapiriya berkata beliau tidak melakukan perkara itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS