Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ratu Naga' beri keterangan di IPD Petaling Jaya

Seorang wanita yang menggunakan profil Facebook ‘Ratu Naga’ atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah sebentar tadi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk diambil keterangan berhubung sebuah video melibatkan isu pengundi warga Bangladesh.

Ia susulan kenyataan Ketua Pegawai Operasi MCMC, Datuk Dr. Mazlan Ismail semalam yang memaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya telah menerima aduan mengenai penyebaran video tersebut dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti individu-individu yang menyebarkannya dengan bantuan pihak PDRM.

Pihak MCMC telah mengeluarkan notis kepada suspek melalui suaminya untuk tampil memberikan keterangan pagi ini berikutan usaha mengesan suspek dalam satu serbuan di premis suspek di Jalan Klang Lama semalam, menemui kegagalan.

Berita palsu

Beliau tiba di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada pukul 10.00 pagi ditemani oleh dua orang peguam. Sesi memberi keterangan itu berlangsung selama empat jam. Suspek tersebut hadir ke IPD untuk direkodkan keterangan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kanun Keseksaan.

Kes tersebut akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya kelak apabila proses siasatan kes selesai dijalankan.

“Tiada kompromi kepada penyebar berita palsu. Perlakuan mereka ini menghancurkan kesejahteraan, kemakmuran serta keselamatan rakyat dan negara. Mereka tidak akan terlepas daripada menerima hukuman mengikut undang-undang sedia ada,” tegas Datuk Dr Mazlan Ismail.

Terdahulu, suspek terbabit telah menggunakan profil Facebook ‘Ratu Naga’ untuk memuat naik sebuah video palsu berkenaan warga asing diberi kad pengenalan yang pernah tular beberapa tahun lalu dan kini mula tersebar kembali dalam media sosial.

Lihat Komen
ADS