Shafie: Ada krisis dalam bidang pengajian tinggi?
Terjemahan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh menolak dakwaan sesetengah pihak mendakwa bidang pengajian tinggi negara sedang dilanda krisis.
Terjemahan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh menolak dakwaan sesetengah pihak mendakwa bidang pengajian tinggi negara sedang dilanda krisis.
Beliau menegaskan demikian dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat terhdap soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor).
Mengenai kontroversi berhubung kes membabitkan pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr Edmund Terence Gomez, Shafie berkata, kementeriannya telah meluluskan permohonannya untuk bercuti bagi menyandang jawatan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva.
"Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada merit dan untuk menggalakkan lebih ramai pensyarah dari Malaysia berkhidmat dan memberi sumbangan di peringkat antarabangsa," tegasnya.
Pada mulanya, Gomez terpaksa meletakkan jawatan selepas pihak pengurusan UM menolak permohonan cutinya itu, tetapi ia kemudiannya diluluskan selepas campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mengenai penamatan kontrak perkhidmatan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof P Ramasamy (foto), Shafie berkata: "(Perkhidmatan) beliau ditamatkan apabila tempoh kontraknya tamat".
Sebelum ini, Ramasamy, yang kini meyertai DAP, mendakwa perkhidmatanya ditamatkan kerana kelantangannya mengkritik dasar-dasar kerajaan dan pembabitannya dalam rundingan di antara kerajaan Indonesia dan puak pemisah Aceh.
Jangan dipolitikkan
Sementara itu, Shafie berkata kementeriannya akan terus memastikan universiti awam tempatan setaraf dengan universiti-universiti lain di dunia.
Beliau juga menafikan bahawa pensyarah dan pelajar kini kurang bersemangat, tetapi menegaskan mereka telah mencatat kejayaan demi kejayaan dalam pertandingan dan persidangan di peringkat antarabangsa.
"Oleh itu, kementerian meminta semua pihak membantu usahanya untuk meningkatkan lagi imej pelajar dan pensyarah univerisi awam dan swasta tanpa mempolitikkan (sebarang isu)," katanya./ Berita asal.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.