Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Kenapa anggota RELA tiada KWSP, Perkeso?
Diterbitkan:  Feb 7, 2018 5:25 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

DAP menuntut penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan kebajikan dan perlindungan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Naib pengerusi biro buruh parti itu Amran Ahmad Nor berkata tugas anggota RELA memastikan keselamatan negara berisiko tinggi serta terdedah kepada kemalangan.

“Sekiranya mereka ini terlibat dalam kemalangan semasa sedang bekerja, apakah bentuk perlindungan atau pampasan yang boleh didapati setelah tidak diberikan perlindungan menerusi caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial),” katanya.

Amran mengingatkan, bermula 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi jabatan persekutuan seperti yang diumumkan oleh Zahid sendiri.

Anggota jabatan itu kini dianggarkan melibatkan lebih tiga juta orang.

Lihat Komen
ADS