Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDNK tak bermakna jika rakyat miskin, kata Dr M
Diterbitkan:  Feb 7, 2018 9:00 PM
Dikemaskini: 1:13 PM

Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kuasa belanja individu kini tidak lagi mempunyai kaitan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata, kos hidup yang tinggi telah melampaui kenaikan pendapatan serta menjejaskan kuasa beli pengguna.

“Pertumbuhan KDNK (kini) tidak bermakna kepada rakyat,” kata Pengerusi Pakatan Harapan dalam sesi “Sembang Dasar” di Facebook beliau hari ini.



Pengarah urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin dalam temu bual dengan BFM semalam berkata jualan pasar raya besar terus menyaksikan penguncupan.

Katanya walaupun perbelanjaan domestik pada asasnya bagus, tetapi pasar raya besar yang menguasai 50 peratus pasaran runcit menyaksikan pertumbuhan negatif kerana orang ramai tiada wang.

Mahthir memberikan contoh mudah bagaimana KDNK tidak memberikan gambaran sebenar keadaan individu.

“Jika ada seorang jutawan dalam 1,000 orang, dan 999 lagi tiada wang, purata kekayaan adalah RM1,000 seorang.

“Jadi kita tidak boleh terlalu bergantung kepada angka pertumbuhan KDNK,” katanya.

Lihat Komen
ADS