Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Hadi hukum DAP kerana tak sokong Ku Li, dirinya sebagai PM'
Diterbitkan:  Feb 8, 2018 4:09 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mendakwa keberangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap partinya itu, adalah berpunca daripada kekecewaannya pada pilihan raya umum lalu.

Hadi, ketika itu, dakwa Lim, meminta sokongan DAP berhubung cadangan supaya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau dirinya dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan, dan bukannya pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Masalah sebenar [...] ialah keengganan DAP untuk menyokong Hadi sebagai perdana menteri (pada 2013)," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

"Pada malam sebelum pilihan raya umum ke-13, Hadi menghubungi DAP dan meminta sokongan supaya cadangan Anwar digantikan dengan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri Pakatan Rakyat, dan dia sangat kecewa apabila DAP tidak bersetuju," katanya.

DAP bagaimanapun berpegang kepada janjinya bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya.

Hadi, kata Lim, kemudian menawarkan dirinya sebagai alternatif kepada Tengku Razaleigh, yang masih kekal setia kepada Umno.

"Hadi berharap DAP juga akan menyokong dirinya sendiri sebagai calon perdana menteri Pakatan Rakyat, kerana PAS (tidak bersetuju) dengan Anwar," kata Lim.

"Ini mungkin permulaan tindakan Hadi untuk menghancurkan dan memusnahkan Pakatan Rakyat, yang berjaya dilakukannya selepas pilihan raya umum ke-13," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.

Hadi sejak kebelakangan ini semakin lantang dalam serangannya terhadap Pakatan Harapan, terutamanya ke atas DAP dan AMANAH, parti serpihannya.

Beliau juga dilihat bersikap mesra terhadap Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan dilihat agak berhati-hati dengan kenyataan umumnya mengenai skandal pemimpin Umno berkenaan, khususnya kes anti-kleptokrasi Jabatan Keadilan (DOJ) AS berkaitan dengan 1MDB.

Hari ini Hadi mendakwa Musyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pernah menyuarakan rasa tidak senang dengan sikap DAP dan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin negatif dalam isu kaum dan agama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS