Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrizat: Rafizi bukan mangsa dalam kontroversi NFC
Diterbitkan:  Feb 8, 2018 5:37 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bukan "mangsa" dalam kontroversi National Feedlot Corporation (NFC), kata Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil.

Menurut laporan Utusan Online hari ini, beliau berkata mangsa sebenar dalam kontroversi itu adalah pihak yang menerima akibat daripada tindakan Rafizi memanipulasikan isu tersebut untuk tujuan politiknya.

Beliau berkata, Rafizilah punca kegagalan projek NFC dan kini perlu berhadapan tindakan undang-undang di atas perbuatannya.

Katanya lagi, anggota parlimen Pandan itu menyalahgunakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 selain mengabaikan hak undang-undang orang lain, termasuk dirinya, apabila menjadikan kontroversi itu sebagai senjata politik.

“Daripada menggunakan proses undang-undang, Rafizi juga menggunakan cerita separuh benar untuk memanipulasi masyarakat umum berhubung kes berkenaan,” katanya seperti dipetik.

Semalam, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan kepada Rafizi dan bekas kerani bank selepas didapati bersalah membocorkan data perbankan berhubung akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Bertujuan memenuhi bekalan daging lembu negara, NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat, terutama suaminya Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, menjadi perhatian negara ekoran siri pendedahan yang dibuat Rafizi dan PKR bermula tahun 2011.

Lihat Komen
ADS