Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rayuan Mukhriz kaitkan Najib hina mahkamah ditetapkan 20 Feb

Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 20 Feb untuk mendengar rayuan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung pemecatannya dan permohonan untuk mengenakan dakwaan menghina mahkamah ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini diputuskan semasa pengurusan kes hari ini. Peguam Ilyani Khuszairi memberitahu Malaysiakini kedua-dua pihak telahpun mengemukakan penghujahan bertulis mengenai kes itu.

"Mahkamah menetapkan 20 Feb untuk mendengar rayuan itu," kata peguam yang mewakili Mukhriz.

Mukhriz pada awal saman fitnahnya terhadap setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad memfailkan prosiding menghina terhadap perdana menteri, susulan kenyataan yang dikeluarkan di blognya (Najib) enam hari sebelum perbicaraan.

Mukhriz yang juga adalah bekas menteri besar Kedah mengadu kenyataan itu adalah sama dengan kenyataan akhbar ketiga dan keempat yang dikeluarkan oleh Tengku Sariffuddin.

Najib dalam kenyataan itu memberi amaran bahawa usaha bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyongkirkannya tidak boleh dibenarkan berjaya atau bekas perdana menteri itu bakal menuntut peletakan jawatan perdana menteri lain pada masa depan.

Bagaimanapun, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata, kenyataan media perdana menteri pada 7 Julai lalu itu tidak menunjukkan Najib merujuk kepada perbicaraan mahkamah antara Mukhriz dengan Tengku Sariffuddin.

Justeru, kata hakim, Mukhriz gagal membuktikan kes prima facie terhadap Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS