Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Duta: Jangan politikkan hubungan baik China-Malaysia

Di saat pelaburan China di Malaysia menjadi antara isu utama menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14, Duta China ke Malaysia Bai Tian menyatakan harapannya agar hubungan kedua-dua negara tidak dipolitikkan.

"Saya mempunyai keyakinan tinggi dengan hubungan China-Malaysia. Ia berkembang daripada persahabatan dua buah negara...Kita mempunyai hubungan terbaik (dalam bidang) termasuk perdagangan, infrastruktur, pertanian, kebudayaan dan pendidikan.

"Tiada siapa dapat nafikan pertalian ini semakin kukuh. Kami berharap hubungan antara China dan Malaysia tidak dipolitikkan," katanya kepada pemberita selepas acara "One Belt One Road 2.0" di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berharap hubungan dua hala itu akan memberi manfaat kepada rakyat dan akan kekal baik selepas PRU ke-14.

"Saya yakin hubungan ini malah akan bertambah baik pada masa depan," katanya lagi.

Dilatih China

Terdahulu, Bai berkata syarikat dari China telah melatih ramai warga Malaysia yang pastinya memberikan kebaikan kepada negara.

"Misalnya, Huawei melatih 100,000 orang. Majoritinya warga Malaysia," katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad berulangkali menyuarakan bantahan terhadap dua projek yang dilaksanakan syarikat China, iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh China Communications Construction Company Ltd (CCCC), dan Forest City di Johor Bahru oleh Country Garden.

Malaysiakini juga menerbitkan laporan khas berhubung Forest City dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang kebanyakannya menggunakan tenaga buruh dan bahan dari China.

Lihat Komen
ADS