Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saman berlian merah jambu: Jho Low tidak perlu diperiksa balas

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk memeriksa balas ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho atau Jho Low dan pelantikan peguamnya, Francis Ng Aik Guan.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata bukti tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa Low tidak melantik Ng bagi mewakilinya.

“Apa dituntut oleh plaintif adalah kemungkinan pemalsuan terhadap tandatangan Jho Low dalam warannya untuk bertindak dalam melantik Tetuan Ng Aik Guan.

“Peguam yang mendakwa (mewakili) Jho Low adalah seseorang dengan reputasi baik. Apa yang didakwa secara tidak langsung (peguam itu) buat sesuatu tindakan jenayah tanpa bukti yang kukuh sesuatu yang mahkamah tak boleh terima.

“Memandangkan Jho Low menandatangani waran itu di hadapan Counsel-General Malaysia di Hong Kong dan ini dibenarkan oleh undang-undang untuk mahkamah menerimanya.

"Plaintif gagal untuk meyakinkan mahkamah ini untuk membatalkan memorandum penampilan. Oleh itu tidak ada asas untuk periksa balas D2 (Jho Low) dan permohonan ini ditolak,” kata hakim.

Katanya, antara yang pelik adalah bagi plaintif mendakwa tidak dapat menyerahkan surat tuntutan berkenaan. 

Terdahulu, adalah dilaporkan bahawa Khairuddin mengarahkan peguamnya, Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar untuk menyerahkan surat tuntutan berhubung saman berlian merah jambu terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, Jho Low dan 1MDB apabila tiba-tiba Ng membuat penampilan.

Khairuddin memfailkan saman itu pada 15 Ogos di mana beliau menamakan Rosmah, Jho Low, dan 1MDB sebagai defendan untuk mengembalikan berlian merah jambu bernilai AS$23 juta dan rantai AS$4.3 juta kepada 1MDB.

Khairuddin juga memohon perintah supaya Low membayar wang yang didakwa digelapkan, dicuri atau disalah guna dari 1MDB.

Rantai dan berlian itu menjadi perhatian selepas disebut dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS