Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pengkritik tidak seharusnya memfokus hanya kepada nisbah hutang negara kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam menilai keupayaan kerajaan untuk menguruskan hutang.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, negara-negara lain mempunyai nisbah hutang yang jauh lebih tinggi daripada KDNK dan masih dalam keadaan yang baik

"Jika anda mahu bergantung kepada angka tersebut, AS sudah pun menjadi bankrap kerana hutangnya kepada nisbah KDNK melebihi 100 peratus. Tengok Jepun, ia dinilai pada 250 peratus manakala Singapura adalah 89 peratus.

"Jadi, jangan gunakan peratusan (dalam menilai keupayaan kewangan negara)," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini dan Free Malaysia Today (FMT).

Secara rasmi, nisbah hutang Malaysia kepada KDNK adalah sekitar 53 peratus. Walau bagaimanapun, pengkritik menegaskan bahawa ini tidak mengambil kira hutang yang ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sebagai contoh, Profesor Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway dipetik oleh FMT sebagai berkata bahawa hutang negara telah meningkat kepada 70 peratus daripada KDNK.

"Apabila kita mencapai 80 peratus, ia tidak seperti kita akan hadapi krisis ekonomi, tetapi ia telah mencapai tahap maksimum dan sudah waktunya untuk berhemat kerana ekonomi akan mudah terdedah kepada krisis ekonomi atau sovereign debt selepas itu," kata Yeah.

'M'sia mampu bayar hutangnya'

Bagi Johari, apa yang lebih penting adalah hakikat bahawa Malaysia mampu membayar hutangnya.

"Dalam sejarah 60 tahun kita, meskipun berlaku krisis ekonomi 1997 dan 1998 serta krisis kewangan dunia 2008 dan 2009, kita tidak pernah gagal membayar balik hutang kita.

"Tambahan pula, kita telah berkembang daripada hanya RM4 bilion dalam KDNK kepada RM1.23 trilion (kumulatif) dalam tempoh 60 tahun," katanya.

Sudah tentu, katanya, terdapat banyak peningkatan yang perlu dilakukan, dan ia akan dilakukan semasa negara maju kehadapan.

Beliau berkata sebarang pinjaman yang diambil oleh kerajaan hendaklah untuk tujuan pembangunan, yang akan merangsang ekonomi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS