Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kekang berita palsu bukan sekat kebebasan - Liow
Diterbitkan:  Feb 10, 2018 11:27 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Kerajaan tidak berniat mengawal atau menyekat kebebasan bersuara rakyat melalui penggubalan undang-undang terhadap berita palsu yang dicadangkan, namun kebebasan itu perlu disertai tanggungjawab, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, jika kebebasan bersuara itu digunakan dengan cara yang tidak bertanggungjawab termasuk menyebarkan berita palsu atau menyentuh sensitiviti kaum, ia boleh menghancurkan keharmonian dan kemakmuran negara.

“Pemimpin kita telah lama berjuang untuk memastikan keharmonian, perpaduan dan pembangunan negara kita diteruskan namun, kalau dibiarkan seseorang tidak bertanggungjawab memainkan isu sensitif dan menularkan perkara-perkara palsu, ia akan memburukkan keadaan,” katanya.

Liow yang juga menteri pengangkutan ditemui pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di ibunegara semalam.

Beliau berkata jika undang-undang itu diluluskan kelak, beliau percaya rakyat masih boleh menyuarakan pandangan atau mengkritik kerajaan namun ia perlu dibuat berdasarkan asas dan fakta.

Liow mengulas kenyataan pemimpin pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang 'khuatir' tentang cadangan undang-undang itu dengan menyatakan ia undang-undang baik tetapi tidak boleh digunakan untuk menutup kebenaran.

- Bernama

Lihat Komen
ADS