Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: Dividen tinggi KWSP hasil pelaburan, pengurusan baik
Diterbitkan:  Feb 10, 2018 9:01 PM
Dikemaskini: 1:07 PM

Kadar dividen tinggi yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah hasil dari pelaburan dan pengurusan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Alhamdulillah, hasil pengurusan dan pelaburan baik, hari ini KWSP isytihar kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah," katanya melalui kenyataan Twitter hari ini.

Dividen itu, kata Najib, diharap dapat membantu menambah simpanan pencarum serta menjadi bekalan di masa depan.

Kadar dividen KWSP bagi 2017 yang diumumkan hari ini merupakan yang paling tinggi sejak 1996 dengan kenaikan 1.20 peratus bagi simpanan konvensional berbanding 2016.

Lima bula lalu, Najib dikritik selepas memberitahu presiden AS Donald Trump bahawa KWSP akan menambah pelaburan di AS bagi menyokong pembangunan infrastruktur di negara itu.

KWSP sebelum ini menyatakan bahawa pelaburan yang dilakukan mereka mengikut proses, sementara Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pelaburan KWSP akan menjamin pulangan yang lumayan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS